Powered By Blogger

Monday, January 18, 2010

pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk

Salam...pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk dan serama corporation akan diadakan di food court water front, jalan ampang, kuala lumpur pada 24 januari 2010 pada hari ahad, sebarang pertanyaan boleh hubungi wan semenyih 012-9048264, hairy 013-3949704 dan adham 012-3434979...sekian terima kasih

Friday, January 15, 2010

ANAK TOK UBAN


ANAK MANISAN HANGUS


Tuesday, January 12, 2010

PERTANDINGAN 30HB JANUARI DIBATALKAN

Salam....Disini sya ingin memaklumkan bahawa paertandingan anjuran GPSK untuk kali ke 2 dibatalkan kerana semua ahli GPSK akan ke terengganu...dan secara tak langsung memberi laluan pada penganjuran di terengganu...pertandingan anjuran GPSK kali kedua akan deberitahu kelak...kesulitan amat dikesali...sekian terima kasih...HIDUP SERAMA..!!!!!!!!!!

Anak A masuk B


Anak ni adalah salah sekor anak bapak pirot aku...bapak dia gambar yang ada induk tu...

Monday, January 11, 2010

PERTANDINGAN MINGGUAN KALI KE-2 ANJURAN GPSK

Salam...pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama anjuran GPSK akan diadakan buat kali ke 2 pada 30hb januari 2010 ( sabtu )..Diharap semua peminat ayam serama sama-sama dapat menyertai pertandingan ini..Kami mat berbesar hati sekiranya anda hadir ke petandingan anjuran kami ini..sekian terima kasih...HIDUP SERAMA!!!!!!!!!

Saturday, January 9, 2010

Juara2 setiap kategori ayam yang dipertandingkan

Ni adalah diantara juara2 setiap kategori yang memenangi pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama anjuran gpsk pada 9hb januari 2010

Meja untuk BOTB

Meja untuk botb yang sedang disusun oleh steward gpsk... susunan yang rapi..huhu

Peserta berbual sebelum pertandingan bermula

Ni pula peserta sedang berbual mesra dengan salah seorang steward dari gpsk..borak borak jugak bang, kerja jangan tak buat..hehehehe

Pengadil meminta pandangan masing2


Ni adalah pengadil dari gpsk...wan semenyih dan hairy...mereka meminta pendapat masing2 untuk diadili..maklumlah pengadil amatur la katakan...hehehe..apa2 pun selamat berjaya pada pengadil gpsk..semoga berjaya..

Peserta sedang melihat markah yang dikeluarkan oleh pengadil gpsk

Ni adalah suku daripada peserta yang melihat markah ayam mereka yang sudah pun selesai diadili, dan markah mereka sedang digantung untuk peserta melihat

Peserta masih menunggu ayam masing2 untuk diadili

Tengok tu, peserta masing2 tengah melihat ayam mereka yang dipertandingkan...hehehehehe...khusyuk tuuu....

Pengadil khusyuk mengadili ayam yang dipertandingkan


Pegadil sedang meneliti ayam yang dipertandingkan...tengok tu, mmg khusyuk mengadili ayam..hehehe...Pengadil yang mengadili ayam dipertandingan kecantikan ayam serama anjuran gpsk adalah En. Hairy dan En.Wan semenyih ( pengadil amatur)

Steward sedang menyusun ayam mengikut kategori yang dipertandingkan


PESERTA MENUNGGU AYAM MEREKA NAIK MEJA


Thursday, January 7, 2010

AYAM SERAMA PANGGANG


Inilah akibatnya jikalau seseekor ayam serama tidak mendengar nasihat gembalanya...gembala suruh tarik selam masa pertandingan, tapi si ayam tidak tarik, malas, asyik nak mematuk meja je..dan akhir sekali, ni lah akibatnya...pada peminat2 serama semua, jangan la kita memberi muka sangat kat ayam ni...jgn manja2, nnti dia tak dengar cakap..hehehehehe....HIDUP SERAMA..............

SERAMA MUDA


Serama muda ni juga anak bapak baka reban saya, disebabkan dgn cuttingnya yang kurang menyerlah, saya telah pun melakukan pemprosesan penurunan baka dengan awal..

ANAK BAPAK KUNING


Anak ni mempunyai cutting yg berbeza dr anak2 yag lain, sema dia anak b nak masuk remaja, ada kawan kita ni memang berminat sangat nak tukar geran ank b ni, tp saya sayang pada masa tu..dan dipendekkan cerita, sekarang ayam ni dh masuk muda dan saya telah pun menurunkan bakanya, anaknya dh tetas, tp masih kecil la...baby serama

BAPAK BAKA (JALAK)


Saya masih memproses bapak jalak ni, ibu dah mengeram, tp anak blum tetas la, apa rupa dan bentuknya nanti pun saya tak tahu...sebab ni 1st try saya...

Remaja ku


Buat makluman semua, remaja ni pun anak bapak baka reban saya...Remaja ni telah mendapat tempat ke 6 di pertandingan kecantikan ayam serama anjuran ad serama farm di kompleks muhibbah...selepas pertandingan je tak sempat saya nak bwk balk masuk ke reban semula, ini kerana orang kedah telah pun masuk meminang remaja ini..dan akhirnya saya melepaskan jua remaja ini pergi ke tempat barunya di kedah...

Anak A nak masuk Anak B


Anak A ni pun adalah serupa dgn anak2 yang lain, ini kerana ank ini juga adalah anak bapak baka reban saya...pun saya dah jual masa dia masuk remaja...

Anak A...Anak bapak baka reban saya


Anak ni sebernanya saya dh jual pada kawan serama kita, nak buat baka katanya...tp saya saje je nk upload gambarnye...hehehehe

INDUK DARA TANDING


Induk ni merupakan induk mie dungun yg saya perolehi sejak anak b lagi, sekarang induk ni meningkat umur dari anak b ke induk dara...

REMAJA BESI BURUK KAKI BIRU

Remaja ni adalah baka besi buruk, anak kepada bapak baka reban saya...masih dalam pembikinan....tungguuuuuuuuuu.........

SERAMA MUDA


Serama muda ini adalah serama yg saya sudah upload gambarnya didalam blog ini, gambar serama muda ini diambil semasa saya kerumah lebai ahli (GPSK)....saya memang suka melihat tubuh yang ada pada serama muda ni...memang kusyuk apabila melihat riaksi serama muda ni...

ANAK A BAKA BESI BURUK


Anak A baka besi buruk ni merupakan anak hasil dari cantuman bapak baka reban saya dan juga ibu besi buruk..apa yang akan terjadi saya pun tak tahu..tp apa yang saya nampak, bentuk badan dan mukanya menampilkan ciri2 seekor anak yang berpotensi..tp saya masih menunggu, apakah betul tekaan saya ni, walaupun baka saya sendiri, tapi proses cantuman darah ni adalah proses ke2 diantara bapak baka dan ibu besi buruk...sama2 kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi....

SERAMA MUDA ANAK BAPAK BAKA


Serama muda ini juga hasil dari bapak baka reban saya..muda ini pada asalnya diwaktu anak b memang hodoh gila, sehingga saya hampir bagi je kat kawan saya, tapi memang rezeki saya la pada masa tu, kawan saya tak nak ayam ni, disebabkan balungnya yang rosak teruk akibat bergaduh masa anak dengan anak2 serama yang lain..tp semenjak kebelakangan ni ayam ni nampak semakin hari semakin cantik sehingga apa yang anda lihat seperti gambar diatas..walaupun balungnya rosak teruk, saya masih boleh buat baka apabila sampai masanya kelak..muda ni juga tidak mempunyai lekuk belakang badan, tp lekuk pada lehernya..disampin itu juga, muda ini mempunyai getar dan gaya yang amat mengasyikkan..getar sambil berjalan...

BAPAK BAKA KE 2 TARIK SELAM


Ni adalah bapak baka ke 2 reban saya..bapak ni baru sahaja selesai mandi..hehehe...anak dari hasil bapak ni masih blum ada buat masa ni, ini kerana bapak ni sedang menjalani proses penurunan baka..bapak ini juga pernah memasuki petandingan kesenian dan kecantikan ayam serama anjuran ad serama farm di titiwangsa dan mendapat tempat ke 7 dalam kategiri serama A...waktu tu hujan lebat, kalau dapat no 7 tu dah kira ok la tu kan....hehehehe

Anak a bapak baka


Anak a ini juga hasil dari bapak baka...ibu yang saya gunakan adalah dari ibu baka terpilih..ini juga adalah anak yang terhasil dari pencatuman darah bapak baka dan juga anak betinanya...proses permulaan yang saya buat agak memuaskan, kerana ini merupakan keturunan generasi ke 2 yang saya buat..

Anak A hasil kacukan adik beradik



Anak a ni pula hasil campuran darah diantar bapak baka reban saya dengan induk anak kepada bapak baka saya...ini adalah pengeluaran anak generasi pertama tindihan bapak dan anak betinanya...apa nasib anak a ni pun saya tak tahu...semuanya masih dalam pemerhatian..kadang-kadang sekali sekala kalau dia terkejut, dasyat jugak..tapi kalau terkejut la...hehehe..apa-apa pun tungguuuuuuuu.....................

ANAK- ANAK SERAMA


Ini adalah separuh anak-anak serama di reban saya, kebanyakkan anak-anak serama ini hasil dari bapak baka reban saya..yang selebihnya anak-anak dari anak bapak baka saya...kalau yang sebetulnya tu kira cucu-cucu bapak baka saya la tu...susah saya nak ceritakan...sakit kepala saya..hehehehe...apa-apa pun, setiap perjuangan pasti ada kemenangan..saya sendiri pun tak putus-putus cross blood line bapak baka saya..hasilnya nanti kenalah tunggu anak-anak ni besar...hehehehehe

Remaja besi buruk


Remaja ini juga merupakan anak kepada bapak baka saya..Remaja ini hasil campuran darah diantara bapak baka saya dan juga ibu dari baka besi buruk..Remaja ini adalah hasil buat pertama kali kacukan yang saya buat..walaupun cuttingnya agak kurang menyerlah saya akan cuba memperbaiki mutu dan keunggulan remaja ni...hehehehehe

Induk naib johan di kompleks muhibbah


Induk ini merupakan anak kepada bapak baka saya...induk ini juga pernah merangkul naib johan semasa pertandingan kecantikan ayam serama anjuran gabungan peminat serama keramat ( GPSK )...walaupun gayanya yang tarik selam, induk ini boleh bertelur normal...buat pengetahuan sahabat2 semua, induk ini bertelur dan mengeram untuk kali pertama, tp sayangnya, anak2 mati selepas beberapa hari, mungkin induk ini bertelur kali pertama agaknya...

BAPAK BAKA REBAN SAYA


Salam, di blog ini juga saya sertakan gambar bapak baka dari reban saya...bapak ini memang banyak menghasilkan anak2 yang agak berpontensi gayanya...bapak ini juga dikenali oleh ahli2 GPSK sebagai PIRATE...ini kerana balungnya sudahpun menutupi mata kirinya...hehehe, tapi takpe, itu tk penting, yang penting bapak ini boleh memberi benih2 yang terbaik pada ibu2 baka di reban saya...

Ini adalah anak hasil dari bapak baka reban saya, anak ni pernah mendapat naib johan masa pertandingan ni tasik titiwangsa anjuran ad serama farm

Salam, ini adalah anak b dari kacukkan bapak baka di reban saya dgn ibu yang terpilih bakanya, hasil anak ini adalah dari generasi ke 3....buat pengetahuan para sahabat semua, anak ini pernah mendapat naib johan di pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama peringkat kebangsaan di titiwangsa anjuran ad serama farm..gaya anak ini memang dasyat semasa di meja pertandingan, gayanya yang lonjak mendada sambil berjalan memang memukau pada sesiapa yang melihatnya...tak lupa juga, gayanya yang mengebas pacak bertubi tubi memang terpegun..anak ini juga garang seperti bapaknya...

Selamat Datang

Salam,
Selamat Datang ke Seramadesemenyih....saya berharap peminat semua sudi melayari blog saya.

sekian,

SS.