Thursday, April 8, 2010
Monday, March 29, 2010
REBAN SERAMA SG BULOH DAH SIAP 100%
Salam...disini saya uploadkan reban baru saya yang telah pun siap sepenuhnya di sg buloh..kos bagi reban ini mencecah rm6k, disinilah nanti saya akan memulakan breeding bagi ayam2 saya iaitu dari baka tok uban ( PIROT )...
Wednesday, March 17, 2010
PENGUMUMAN PERTANDINGAN AYAM SERAMA MINGGUAN ANJURA GPSK DENGAN KERJASAMA SERAMA CORPORATION
Salam..diumumkan pertandingan mingguan anjuran gpsk dengan kerjasama serama corporation akan diadakan pada 21hb 3 2010 bersamaan hari ahad...disini saya sertakan serba sedikit beberapa maklumat bagi pertandingan tersebut...
TEMPAT : FOOD COURT AMPANG WATER FRONT
MASA PENDAFTARAN : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH HARI
YURAN PENYERTAAN : RM20.00 SEEKOR
PENGADIL : PENGADIL (PERKASA) KELANTAN DAN
KUALA LUMPUR
TEMPAT : FOOD COURT AMPANG WATER FRONT
MASA PENDAFTARAN : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH HARI
YURAN PENYERTAAN : RM20.00 SEEKOR
PENGADIL : PENGADIL (PERKASA) KELANTAN DAN
KUALA LUMPUR
REBAN SERAMA BARU SAYA DI SG BULOH
Salam..disini adalah gambar terbaru reban serama saya yang bakal siap dalam beberapa hari saje je lagi, lepas ni saya tidak lagi memelihara ayam serama ni dalam reban yang diletak sepasang2, tetapi reban yang saya cipta ni adalah untuk bagi seekor bapak dan lima ekor ibu, hahahaha.....lepas ni tak adalah bapak baka saya jemu lagi, sebab dah ada lima bini dalam satu reban...
remaja semenyih ( ekor blom siap )
Salam...ni adalah gambar terbaru remaja semenyih yang masih blom siap sepenuhnya lagi, diharap apa yang saya paparkan dalam blog seramadesemenyih ni dapat tgk bersama-sama perkembangan remaja semenyih ni...sekian terima kasih...
Tuesday, March 9, 2010
Gambar pengadil perkasa
Salam...ni adalah gambar pengadil perkasa semasa mengadili pertandingan di kelantan baru2 ni, pengadil perkasa ini termasuk pengadil baru yang dilantik dari pengadil perkasa sendiri selepas mengikuti kursus yang dianjurkan dari En Hairy di port dickson dengan kerjasama pengadil perkasa..Pengadil perkasa yang baru adalah, saya sendiri wan semenyih (GPSK), mie arab (GPSK) dan juga faizal (lawi emas)
Remaja semenyih
Salam..ni adalah gmbr remaja semenyih yang terbaru, tapi remaja semenyih ni masih blum cukup galak dan belum cukup siap untuk ke meja pertandingan kerana ekor remajanya baru nak naik, apa2 pun gmbr ni saya masukkan hanya untuk tatapan semua...
Monday, March 1, 2010
Gambar kursus pengadilan di hotel sri malaysia port dickson
Salam...ni adalah gambar2 para peserta serta pengadil dari perkasa yang mengkursus kami baru2 ni, tapi gambar saya tak ada, maklumlah, tukang amik gambar la katakan....
Tuesday, February 16, 2010
PERTANDINGAN MINGGUAN GPSK
Salam...pertandingan mingguan anjuran gpsk dengan kerjasama serama corporation akan diadakan pada 21hb februari 2010 iaitu pada hari ahad ini...diharap kepada semua peminat dapat menghadirkan diri pada pertandingan kali ini, saya mewakili gpsk meminta maaf sekiranya pihak kami tidak dapat melaksanakan pertandingan pada minggu lepas kerana kesemua ahli-ahli kami menyertai pertandingan di kelantan, akan tetapi pertandingan kali ini kami adakan ditempat yang sama iaitu di food court ampang water front...datang jangan tak datang....sekian terima kasih...
SERAMA MUDA BAKA
Salam, ni adalah salah sekor serama muda yang saya bakal buat baka untuk menggantikan bapak dia PIROT, serama muda ni adalah salah seekor anak bapak pirot saya, dulunya serama muda ni masa anak sangat hodoh sehingga saya bercadang nak sembelih, nasib baik lah reban kosong yang jadi penyelamatnya..sehingga kehari ini serama muda ni salah seekor penyedap mata saya bila tengok aksinya bila balik kerja...hilang penat rasanya...hehehehe
Friday, February 12, 2010
Sunday, February 7, 2010
PEMBATALAN PERTANDINGAN MINGGUAN ANJURAN GPSK
Salam...sy mewakili gpsk ingin memaklumkan bahawa pertandingan mingguan anjuran gpsk dengan kerjasama serama corporation pada 14hb februari dibatalkan ini kerana hampir semua ahli2 gpsk akan mengikuti pertandingan di kelantan...diharap semua peminat serama jangan kecewa diatas sebab2 tertentu, pertandingan seterusnya akan sy beritahu kelak,sekian terima kasih...
Monday, February 1, 2010
PERTANDINGAN MINGGUAN GPSK
Pengumuman!!!!! Pertandingan mingguan anjuran gpsk akan diadakan pada 14hb febuari di food court ampang water front...kehadiran anda amat kami hargai...sekian terima kasih dari kami di GPSK........
Monday, January 18, 2010
pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk
Salam...pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk dan serama corporation akan diadakan di food court water front, jalan ampang, kuala lumpur pada 24 januari 2010 pada hari ahad, sebarang pertanyaan boleh hubungi wan semenyih 012-9048264, hairy 013-3949704 dan adham 012-3434979...sekian terima kasih
Friday, January 15, 2010
Tuesday, January 12, 2010
PERTANDINGAN 30HB JANUARI DIBATALKAN
Salam....Disini sya ingin memaklumkan bahawa paertandingan anjuran GPSK untuk kali ke 2 dibatalkan kerana semua ahli GPSK akan ke terengganu...dan secara tak langsung memberi laluan pada penganjuran di terengganu...pertandingan anjuran GPSK kali kedua akan deberitahu kelak...kesulitan amat dikesali...sekian terima kasih...HIDUP SERAMA..!!!!!!!!!!
Monday, January 11, 2010
PERTANDINGAN MINGGUAN KALI KE-2 ANJURAN GPSK
Salam...pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama anjuran GPSK akan diadakan buat kali ke 2 pada 30hb januari 2010 ( sabtu )..Diharap semua peminat ayam serama sama-sama dapat menyertai pertandingan ini..Kami mat berbesar hati sekiranya anda hadir ke petandingan anjuran kami ini..sekian terima kasih...HIDUP SERAMA!!!!!!!!!
Saturday, January 9, 2010
Juara2 setiap kategori ayam yang dipertandingkan
Peserta berbual sebelum pertandingan bermula
Pengadil meminta pandangan masing2
Peserta sedang melihat markah yang dikeluarkan oleh pengadil gpsk
Peserta masih menunggu ayam masing2 untuk diadili
Tengok tu, peserta masing2 tengah melihat ayam mereka yang dipertandingkan...hehehehehe...khusyuk tuuu....
Pengadil khusyuk mengadili ayam yang dipertandingkan
Thursday, January 7, 2010
AYAM SERAMA PANGGANG
Inilah akibatnya jikalau seseekor ayam serama tidak mendengar nasihat gembalanya...gembala suruh tarik selam masa pertandingan, tapi si ayam tidak tarik, malas, asyik nak mematuk meja je..dan akhir sekali, ni lah akibatnya...pada peminat2 serama semua, jangan la kita memberi muka sangat kat ayam ni...jgn manja2, nnti dia tak dengar cakap..hehehehehe....HIDUP SERAMA..............
SERAMA MUDA
ANAK BAPAK KUNING
Anak ni mempunyai cutting yg berbeza dr anak2 yag lain, sema dia anak b nak masuk remaja, ada kawan kita ni memang berminat sangat nak tukar geran ank b ni, tp saya sayang pada masa tu..dan dipendekkan cerita, sekarang ayam ni dh masuk muda dan saya telah pun menurunkan bakanya, anaknya dh tetas, tp masih kecil la...baby serama
BAPAK BAKA (JALAK)
Remaja ku
Buat makluman semua, remaja ni pun anak bapak baka reban saya...Remaja ni telah mendapat tempat ke 6 di pertandingan kecantikan ayam serama anjuran ad serama farm di kompleks muhibbah...selepas pertandingan je tak sempat saya nak bwk balk masuk ke reban semula, ini kerana orang kedah telah pun masuk meminang remaja ini..dan akhirnya saya melepaskan jua remaja ini pergi ke tempat barunya di kedah...
Anak A nak masuk Anak B
Anak A...Anak bapak baka reban saya
INDUK DARA TANDING
REMAJA BESI BURUK KAKI BIRU
Remaja ni adalah baka besi buruk, anak kepada bapak baka reban saya...masih dalam pembikinan....tungguuuuuuuuuu.........
SERAMA MUDA
ANAK A BAKA BESI BURUK
Anak A baka besi buruk ni merupakan anak hasil dari cantuman bapak baka reban saya dan juga ibu besi buruk..apa yang akan terjadi saya pun tak tahu..tp apa yang saya nampak, bentuk badan dan mukanya menampilkan ciri2 seekor anak yang berpotensi..tp saya masih menunggu, apakah betul tekaan saya ni, walaupun baka saya sendiri, tapi proses cantuman darah ni adalah proses ke2 diantara bapak baka dan ibu besi buruk...sama2 kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi....
SERAMA MUDA ANAK BAPAK BAKA
Serama muda ini juga hasil dari bapak baka reban saya..muda ini pada asalnya diwaktu anak b memang hodoh gila, sehingga saya hampir bagi je kat kawan saya, tapi memang rezeki saya la pada masa tu, kawan saya tak nak ayam ni, disebabkan balungnya yang rosak teruk akibat bergaduh masa anak dengan anak2 serama yang lain..tp semenjak kebelakangan ni ayam ni nampak semakin hari semakin cantik sehingga apa yang anda lihat seperti gambar diatas..walaupun balungnya rosak teruk, saya masih boleh buat baka apabila sampai masanya kelak..muda ni juga tidak mempunyai lekuk belakang badan, tp lekuk pada lehernya..disampin itu juga, muda ini mempunyai getar dan gaya yang amat mengasyikkan..getar sambil berjalan...
BAPAK BAKA KE 2 TARIK SELAM
Ni adalah bapak baka ke 2 reban saya..bapak ni baru sahaja selesai mandi..hehehe...anak dari hasil bapak ni masih blum ada buat masa ni, ini kerana bapak ni sedang menjalani proses penurunan baka..bapak ini juga pernah memasuki petandingan kesenian dan kecantikan ayam serama anjuran ad serama farm di titiwangsa dan mendapat tempat ke 7 dalam kategiri serama A...waktu tu hujan lebat, kalau dapat no 7 tu dah kira ok la tu kan....hehehehe
Anak a bapak baka
Anak A hasil kacukan adik beradik
Anak a ni pula hasil campuran darah diantar bapak baka reban saya dengan induk anak kepada bapak baka saya...ini adalah pengeluaran anak generasi pertama tindihan bapak dan anak betinanya...apa nasib anak a ni pun saya tak tahu...semuanya masih dalam pemerhatian..kadang-kadang sekali sekala kalau dia terkejut, dasyat jugak..tapi kalau terkejut la...hehehe..apa-apa pun tungguuuuuuuu.....................
ANAK- ANAK SERAMA
Ini adalah separuh anak-anak serama di reban saya, kebanyakkan anak-anak serama ini hasil dari bapak baka reban saya..yang selebihnya anak-anak dari anak bapak baka saya...kalau yang sebetulnya tu kira cucu-cucu bapak baka saya la tu...susah saya nak ceritakan...sakit kepala saya..hehehehe...apa-apa pun, setiap perjuangan pasti ada kemenangan..saya sendiri pun tak putus-putus cross blood line bapak baka saya..hasilnya nanti kenalah tunggu anak-anak ni besar...hehehehehe
Remaja besi buruk
Remaja ini juga merupakan anak kepada bapak baka saya..Remaja ini hasil campuran darah diantara bapak baka saya dan juga ibu dari baka besi buruk..Remaja ini adalah hasil buat pertama kali kacukan yang saya buat..walaupun cuttingnya agak kurang menyerlah saya akan cuba memperbaiki mutu dan keunggulan remaja ni...hehehehehe
Induk naib johan di kompleks muhibbah
Induk ini merupakan anak kepada bapak baka saya...induk ini juga pernah merangkul naib johan semasa pertandingan kecantikan ayam serama anjuran gabungan peminat serama keramat ( GPSK )...walaupun gayanya yang tarik selam, induk ini boleh bertelur normal...buat pengetahuan sahabat2 semua, induk ini bertelur dan mengeram untuk kali pertama, tp sayangnya, anak2 mati selepas beberapa hari, mungkin induk ini bertelur kali pertama agaknya...
BAPAK BAKA REBAN SAYA
Salam, di blog ini juga saya sertakan gambar bapak baka dari reban saya...bapak ini memang banyak menghasilkan anak2 yang agak berpontensi gayanya...bapak ini juga dikenali oleh ahli2 GPSK sebagai PIRATE...ini kerana balungnya sudahpun menutupi mata kirinya...hehehe, tapi takpe, itu tk penting, yang penting bapak ini boleh memberi benih2 yang terbaik pada ibu2 baka di reban saya...
Ini adalah anak hasil dari bapak baka reban saya, anak ni pernah mendapat naib johan masa pertandingan ni tasik titiwangsa anjuran ad serama farm
Salam, ini adalah anak b dari kacukkan bapak baka di reban saya dgn ibu yang terpilih bakanya, hasil anak ini adalah dari generasi ke 3....buat pengetahuan para sahabat semua, anak ini pernah mendapat naib johan di pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama peringkat kebangsaan di titiwangsa anjuran ad serama farm..gaya anak ini memang dasyat semasa di meja pertandingan, gayanya yang lonjak mendada sambil berjalan memang memukau pada sesiapa yang melihatnya...tak lupa juga, gayanya yang mengebas pacak bertubi tubi memang terpegun..anak ini juga garang seperti bapaknya...
Selamat Datang
Salam,
Selamat Datang ke Seramadesemenyih....saya berharap peminat semua sudi melayari blog saya.
sekian,
SS.
Selamat Datang ke Seramadesemenyih....saya berharap peminat semua sudi melayari blog saya.
sekian,
SS.
Subscribe to:
Posts (Atom)