Powered By Blogger

Monday, March 1, 2010

Gambar kursus pengadilan di hotel sri malaysia port dickson

Salam...ni adalah gambar2 para peserta serta pengadil dari perkasa yang mengkursus kami baru2 ni, tapi gambar saya tak ada, maklumlah, tukang amik gambar la katakan....

Tuesday, February 16, 2010

PERTANDINGAN MINGGUAN GPSK

Salam...pertandingan mingguan anjuran gpsk dengan kerjasama serama corporation akan diadakan pada 21hb februari 2010 iaitu pada hari ahad ini...diharap kepada semua peminat dapat menghadirkan diri pada pertandingan kali ini, saya mewakili gpsk meminta maaf sekiranya pihak kami tidak dapat melaksanakan pertandingan pada minggu lepas kerana kesemua ahli-ahli kami menyertai pertandingan di kelantan, akan tetapi pertandingan kali ini kami adakan ditempat yang sama iaitu di food court ampang water front...datang jangan tak datang....sekian terima kasih...

SERAMA MUDA BAKA

Salam, ni adalah salah sekor serama muda yang saya bakal buat baka untuk menggantikan bapak dia PIROT, serama muda ni adalah salah seekor anak bapak pirot saya, dulunya serama muda ni masa anak sangat hodoh sehingga saya bercadang nak sembelih, nasib baik lah reban kosong yang jadi penyelamatnya..sehingga kehari ini serama muda ni salah seekor penyedap mata saya bila tengok aksinya bila balik kerja...hilang penat rasanya...hehehehe

Friday, February 12, 2010

Anak B nk ke remaja

Salam..ni adalah anak manisan hangus di reban saya..dulunya anak ni mmg menyampah nak tengok, sekarang ni alhamdulilah, dh semakin menjadi...tp sejauh mana tarik slam dia saya pun tak tau, ni pun tgh tggu ni, hajat dihati rasa nk lepas ayam ni la..sapa2 berminat bleh la call saya ye...hehehehe

Sunday, February 7, 2010

PEMBATALAN PERTANDINGAN MINGGUAN ANJURAN GPSK

Salam...sy mewakili gpsk ingin memaklumkan bahawa pertandingan mingguan anjuran gpsk dengan kerjasama serama corporation pada 14hb februari dibatalkan ini kerana hampir semua ahli2 gpsk akan mengikuti pertandingan di kelantan...diharap semua peminat serama jangan kecewa diatas sebab2 tertentu, pertandingan seterusnya akan sy beritahu kelak,sekian terima kasih...

Monday, February 1, 2010

PERTANDINGAN MINGGUAN GPSK

Pengumuman!!!!! Pertandingan mingguan anjuran gpsk akan diadakan pada 14hb febuari di food court ampang water front...kehadiran anda amat kami hargai...sekian terima kasih dari kami di GPSK........

Monday, January 18, 2010

pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk

Salam...pertandingan siri ke 2 anjuran gpsk dan serama corporation akan diadakan di food court water front, jalan ampang, kuala lumpur pada 24 januari 2010 pada hari ahad, sebarang pertanyaan boleh hubungi wan semenyih 012-9048264, hairy 013-3949704 dan adham 012-3434979...sekian terima kasih